Thursday, August 30, 2012

BENIH PUYU MERDEKA... SELAMAT MENYAMBUT 55 TAHUN MERDEKA



ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK PERHATIAN.

BENIH IKAN PUYU UNTUK BULAN SEPTEMBER 2012 AKAN MULA DIJUAL BERMULA 14/09/12 SEHINGGA 24/09/12 TEMPAHAN BOLEH DIBUAT SEKARANG..

SEKIAN TERIMA KASIH

MSH BERJAYA ENTERPRISE.
SHAFIE
019-4941279




Wednesday, August 15, 2012

maklumat asas ikan puyu


Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani.
Ikan ini dipanggil Ikan Karuk di negeri sabah.

secara saintifik pulak..


Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga: Anabantidae
Genus: Anabas
Spesies: A. testudineus